![]() |
| Bila duduk sengsorang mula la teringat macam-macam.... |
Khatan, dah lama dah kena khatan. Akad nikah, dah sudah sejak beberapa tahun lepas setelah ada seorang bidadari yang berjaya membuka pintu besi hati ini menggunakan kombinasi nombor kod-kod tertentu untuk membukanya. Hik! Hik! Hik!
Aku ingat lagi masa ambil ujian bertulis komputer untuk dapatkan lesen L dulu, aku dapat semuanya betul kecuali dua. Sebabnya soalan yang dua tu adalah soalan perangkap. Soalan yang mana-mana jawapan dipilih pun tentu akan salah. Macam jugak peperiksaan PMR atau SPM dulu tu. Rasionalnya, supaya orang yang ambik test tak rasa dirinya pandai sangat.
Bila dah dapat lesen L tu barulah aku belajar memandu 16 jam sebelum pergi ambik driving test. Masa first time duduk kat seat pemandu, semangat aku berkobar-kobar macam nak pergi berperang. Dan sememangnya aku telah berperang mulut dengan cikgu memandu aku yang asyik menguap sepanjang dua jam ajar aku memandu!
Supaya cikgu memandu tu hilang mengantuk, aku dengan tersengaja, terlepaskan gear dengan break masa nak membelok kat jalan besar. Terperanjat besar cikgu memandu aku tu sebab kereta mati kat tengah-tengah jalan. Mujur tak ada kereta tengah speeding waktu tu, kalau tidak tentu sijil yang aku dapat masa tu sijil kematian.
"Bengong la mung ni..!" Cikgu memandu aku sempat melatah dalam ketakutan ketika membelok masa tu.
Jadi, lepas tu cikgu memandu aku terus hilang mengantuk. Malahan serasa aku, mata dia langsung tak berkelip sepanjang mengajar aku hari tu. Hari itu jugak hari terakhir dia ajar aku sebab kata pengetua sekolah memandu aku kat Keramat tu, cikgu memandu tu ambik cuti sebulan.
Selepas 16 jam aku bawak kereta menggunakan lesen L, tibalah masa yang aku nanti-nantikan iaitu pergi ujian di jalan raya untuk mendapatkan lesen 'P'. Lesen 'P' ni bermakna kita kena lekatkan huruf 'P' kat cermin depan dan belakang kereta selama dua tahun. Mungkin tujuannya untuk menggalakkan para pemandu menampal pelekat kat cermin kereta selain daripada Road Tax.
Bagi sesiapa yang nama dia Param, Pian, Perry, Puspawati, tentulah boleh berbangga dengan huruf 'P' itu jika dilekatkan dicermin kereta anda. Tapi, takpe, aku sudahpun bercadang untuk lekatkan huruf 'AN' disebelah huruf 'P' bila dapat lesen nanti. ANP membawa makna Anoy Nanan Profesional!!
Ujian pertama yang aku kena ambik ialah side parking. bab ni, aku buat macam makan kacang masa tengok wayang. Mudah aje sebab selama ni, aku dah expert menyelit kat tempat-tempat sempit. Tak sampai dua minit, aku dah masuk dan keluar daripada side parking sampai pegawai JPJ yang menjaga ujian tu suruh buat sekali lagi sebab tak percaya.
Lepas tu, aku buat parking bukit. Ini lagi macam makan kacang bungkus yang kulitnya dah dibuang. Sebabnya, rumah aku kat atas bukit dan tiap-tiap hari aku test parking kasut rollerblade aku kat atas bukit. Ini pun macam orang putih kata, aku berjaya dengan warna-warna terbang (succeed with flying colours).
Jadi, tibalah masanya giliran aku untuk membawa kereta diatas jalan raya. Masa tu aku betul-betul confident untuk mendapatkan lesen memandu.
"Encik Adnan...!" Tester tu panggil nama aku.
Aku pun terus masuk dalam kereta kancil warna merah. Wah! Aku betul-betul bertuah sebab dapat tester aku tu, awek cun! Lebih mengancam dan terserlah keayuan sebab awek tu memakai pakaian seragam warna biru.
"Hai, selamat pagi. Dah minum ke belum?" Soal aku sambil tersengih.
![]() |
| Pegawai JPJ (sekadar gambar hiasan) - ihsan encik google |
"Awak boleh mula.." Suruh tester tu langsung tak jawab soalan aku. Tapi, aku tak kisah sebab aku amat yakin dia malu untuk menjawab soalan aku sebab masih belum mesra. Sepanjang membawak kereta tu, aku melambai-lambai kat kereta-kereta yang aku potong. Dengan amat bangga, aku menunjukkan kecekapan aku membawa kereta.
"Itukan lampu merah, kenapa tak berhenti?", tegur tester kat sebelah aku. Padanlah aku dapat potong banyak kereta!
"Oh, maaf cik, saya tak sengaja.", Aku mula kalut sebab tester tu dah potong satu markah kat atas kertas ujian aku.
"Awak dah salah jalan ni. Berhenti kat sini biar saya bawak kereta.", Tegur tester tu dan barulah aku sedar sewaktu asyik menjeling kat muka tester tu, aku dah tersilap jalan.
"Errr, cik.. Saya sebenarnya dah jatuh hati dengan cik. Takkan tak boleh tolong kot. Lagipun saya saja ambik jalan jauh supaya dapat bawak kereta ni lama sikit sambil berkenalan dengan cik..", Aku memberikan alasan paling bernas.
"Ohh, jatuh hati...? Maaflah, hati saya tak pernah bersedia nak sambut hati awak yang jatuh tu. Turun sekarang, biar saya bawak!", Tegas tester JPJ tu sambil sign kertas ujian aku.
"Tak boleh ke saya try sekali lagi, cik?", Pinta aku hampir merayu. Pada aku, memujuk rayu perempuan cantik tak mengapa sebab ia satu perbuatan yang romantis.
"Boleh, tapi kena ambik hari lainlah. Sudah, bak sini saya drive balik JPJ!",Tegas tester tu lagi.
Dan sepanjang perjalanan hari tu, muka aku monyok menyedari betapa seorang perempuan itu mampu menjatuhkan seorang lelaki dengan keayuan mereka.......

