Saturday, 12 December 2020

Puisi aku

Dalam satu hari
bunga boleh mengeluarkan madunya
membiarkan kumbang 
menghisap manisannya lalu 
ia terbang kekenyangan.

Dalam satu hari
hati boleh berubah
daripada aqli kepada naqli
daripada rindu kepada sayang
daripada dendam menjadi aman
daripada perasan menjadi rinduan
Ah, mana mungkin
cinta bisa menjadi begitu, bukan?

Dalam suatu hari nanti
akan aku bertanya sekali lagi
pada dia hati yang dicuri
apakah dia masih mencintai lagi
pada luahan hati 
lelaki perasan ini?

Lelaki Ini

Kedengaran unggas liar berbisik sesama mereka. Mungkin bertanya siapa lelaki yang duduk ditepi tasik ini. Mungkin juga mereka berbisik bila lelaki ini ingin kembali ke tempat tinggalnya. Tapi, semua itu tidak diambil peduli oleh lelaki ini. 

Siaran orbit angkasaraya saling bertaut antara satu sama lain. Ia menghasilkan operasi siang dan malam bersilih ganti. Masa juga berlalu dengan detik diatas paksi saat. Begitu juga dengan hati lelaki ini. Dilamar sekali lagi buat kali kedua dan kekal dialam sebelah adalah satu keputusan yang cukup sukar untuk ditimbang tara. 

Bersungguh dia melamar. Bersungguh dia menyakinkan. Bersungguh kecintaannya demi Allah dan rasul. Tapi, apa pula akan berlaku pada jasad lelaki ini jika jiwanya dibawa pergi ke alam sebelah sana? 

Cinta yang hanya datang beberapa bulan lalu sukar untuk dihadam padam. Ya, mungkin ia cinta perasan tetapi percayalah cinta itu akan kekal dihati sampai bila-bila. Tiada rasanya istilah cinta sekali lagi dalam kamus lelaki perasan ini.....

Thursday, 10 December 2020

Melukis Mimpi

Mimpi yang sama berulang lagi. Plot yang sama. Tutur bicara yang sama. Wajah yang sama. Pasangan separuh abad yang sama mengajak saya kembali kepada anak mereka yang saya nikahi dalam mimpi sebelum ini. 

Mimpi apa petandanya ni? 

Didalam mimpi tu, saya sedang melukis. Melukis potret seorang gadis yang saya cukup kenal. Mata yang redup dan senyuman yang terukir itu sama seperti wajah yang saya cukup kenal walaupun hanya seketika. Lenggok bahasa tubuhnya menggoda sukma. Ahhhh, pakaian yang dipakainya juga nipis menampakkan alur pada lekuk didada.. 

Mimpi yang indah pada saya... Terasa seperti sedang melukis mimpi...

Saturday, 5 December 2020

Puisi : Dalam Hujan

Gerimis itu
Bagai mengundang
Pada sebuah pertanyaan 
Namun
Lisan bagai terkunci
Pada sebuah jawapan.

Hujan lebat ini
Tiada tanda mahu berhenti
Mencurah laju 
Membawa rahmat 
Pada yang merinduinya
Membawa petaka
Pada yang menidakkannya.

Cinta yang begini
Masih tersiram didalam hati
Bagai hujan yang dirindui
Terlintas pertanyaan 
Dalam kala hujan gerimis 
Yang mengundang seribu satu jawapan..

Tuesday, 1 December 2020

Susun-Susun

Masa rehat. Jam 1 tengah hari. Main Scrabble.

Aku tanya dengan muka pelik,

"XYRBAGE? Apa tu?" Member sebelah jawab tegas sambil menyusun butir huruf dengan kemas,

"Alaaaaa.. Tempat pengering sampah tu!"

Aku tanya lagi, "Pengering sampah?"

Member sebelah jawab, "Alaaaaa.. Kalau sampah basah dimasukkan dalam mesin tu terus boleh kering."

Aku tanya lagi, "Ada dalam dictionary ke?"

Member sebelah jawab, "Belum. Aku belum buat lagi mesin tu lagi. Tahun depan kot."

Huh! Ada yang makan kayu Scrabble jugak ni kejap lagi. 

Mendongak

Petang semalam. Lepas hujan. Aku berdiri bersandar di laluan tangga depan perhentian teksi kat bangunan Sogo. Aku mendongak ke langit. Perhatikan awan yang bergerak ke barat bumi. Lama dan leka tengok awan tu.

Bila dah puas, aku tunduk ke paras biasa. Terlihat beberapa orang kat sekeliling turut memerhati ke atas. Aku dongak semula, mungkin ada benda yang aku terlepas pandang. Tak ada apa pun. Aku tunduk lagi. makin ramai pulak yang mendongak. Heh!

Thursday, 26 November 2020

Sarapan Pagi Fried Noodles

Aku sarapan pagi kat restoran Inshaf dekat pejabat aku hari ni. Meratah mee goreng + telur goyang yang memang menjadi faveret sejak dari dulu lagi. Bila makan mee ni fikiran aku melayang teringatkan seorang teman yang suka sangat makan noodles di kejauhan sana. Apa khabar dia hari ni? Moga sihat-sihat sentiasa.  Sambil meratah mee goreng, mata aku melilau 'meratah' wajah-wajah manusia yang berlainan jantina dengan aku yang khusyuk mengunyah roti canai sambil cover cun. 

Tiba-tiba aku rasa lain kunyahan aku, tak seperti mula-mula tadi. Aku meraba mulut dan merasa sehelai 'mee' yang sangat halus melingkari bibir. Aku tarik keluar dari mulut.. Aisey! Rambut! Huh! Aku panggil salah seorang pekerja kat situ dan beritahu apa yang berlaku. Kononnya, nanti bolehlah dapat mee goreng percuma. Heh!

Pekerja tu pergi mengadu kepada boss dia yang duduk kat kaunter. Sambil tu, aku tarik rambut tadi perlahan-lahan untuk cari hujungnya. Dan aku rasa ada orang cuba tarik janggut aku dari bawah dagu lalu terputus. Uihhh! Janggut aku sendiri rupanya. 

Aduhai, ini la akibatnya bila membuat rawatan minyak panas kat janggut yang panjang. Meliuk lentuk janggut ni ditiup angin sampai tak sedar dah melingkari ke bibir. Janggut dah panjang berupa ikal mayang. Aduhai, macam mana la boleh tak perasan pulak janggut sendiri yang melingkari bibir tadi ni. Agaknya dah sampai masa janggut ni kena potong... Huh!

Puisi : Senja

Senja
Melabuhkan biasan cahaya indah
Terpancar dari sinar kekalutan 
Bercanda warna pada ihsan gerimis 
Berubah sukma dari nyata
Kepada aluan prejudis

Senja
Unggas pulang riang
Bersama kenangan dengan pasangan
Sedangkan aku
Masih terus mengulit ihsan perasaan
Bersama impian dan kenangan

Senja
Kian menghilang
Dibalik tabir kegelapan malam
Membawa bersama harapan 
Dalam neon indah bintang 
Yang gemerlap menggantikan 
Cahaya indah senja
Yang terus malap.

Tuesday, 24 November 2020

Cerita Tengah Malam Waktu Dulu-Dulu

Mata ni dari tadi berkelip-kelip. Terjaga di sepertiga malam. Selesai menunaikan yang fardhu dan yang sunnah. Tapi, mata masih lagi tak mampu untuk lelap. Hujan diluar masih lebat, selebat rindu pada yang dirindui. 

Kala malam begini, teringat semasa kerja pertama selepas exam SPM suatu masa dulu. Masa tu kecoh, orang kata dah habis belajar time tu cari kerja sementara tunggu tawaran sambung study. Dan aku antara manusia yang terpengaruh dengan frasa mencari kerja tersebut. 

Cari kerja. Mula-mula kerja kat Mc'Donalds tapi cuma bertahan dua minggu sebab penat berdiri lama lagipun godaan awek-awek yang kerja part time kat situ yang sebaya dengan aku jugak agak boleh tahan. Aku resign selepas cukup dua minggu. Apply pulak kerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah bangunan dekat Jalan Tun Razak.

Kerja sebagai pengawal keselamatan ni rileks. Syaratnya, cuma buat cloaking mengikut waktu sahaja. Masa lain selain dari cloaking, nak tidur ke nak tengok wayang ke ikut suka hati kata penyelia pada masa tu. Bangunan tu takde penghuni. Syif siang memang happy la kerja setakat cloaking je. Selepas empat hari, aku kena tukar masuk syif malam bersama lagi dengan seorang lagi rakan yang agak senior. Dan, cabaran cloaking pada waktu malam pun bermula...

"Noy, sampai masa buat cloaking." Rakan senior mengejutkan aku dari lelap. Dia baru lepas selesai solat isyak.

"Haaa, okay.." Jawapan pendek yang menyakinkan dari junior yang baru nak buat cloaking waktu malam.

Cloaking bermula dari tingkat 2. Cloaking dilakukan pada selang tingkat bernombor genap hingga ke tingkat terakhir iaitu tingkat 14. Aku buat kerja dengan penuh sifat amanah. Semasa di tingkat 14, selepas selesai cloaking. Aku masuk semula dalam lif. Semasa pintu lif hampir ditutup rapat tiba-tiba pintu lif bagai ditahan seperti ada orang mahu masuk. Pintu itu terbuka. Tapi, tiada sesiapa yang masuk. Aku undur dua langkah ke belakang rapat ke dinding. Pintu tertutup kembali secara automatik. Kemudian, terbuka semula. Kali ini pintu lif itu tutup dan buka berkali-kali. Aku mula rasa tak sedap hati..

"Noy, masuk-masuk..." Walkie talkie berbunyi. Suara rakan senior memanggil. 

"Ye, masuk-masuk..." Aku jawab pendek.

"Kau baca ayat kursi 7 kali kemudian selawat ke atas nabi lepas tu kau hembus kat pintu lif tu.." Kata dia lagi. Aku ikut saranannya.

Selepas hembus dan berdoa memohon perlindungan dari Allah, pintu tu elok tertutup sendiri dan aku selamat turun ke lobi. Masa kat dalam bilik pengawal, aku tanya rakan senior tu macam mana dia tahu lif yang aku naik tu pintu terbuka tutup sendiri. Dia kata, 

"Kau lama sangat tadi. Aku memang dah syak. Aku pun tengok dalam CCTV nampak kau dalam lif dengan pintu tutup buka sendiri. Tu yang aku walkie kau tu.. Lagipun, bangunan ni memang 'keras'. Sebelum kau masuk, ada brader tu cuma 1 malam je kerja sini. Lepas tu berenti sebab tak tahan kena kacau macam ni. Dia lagi la, benda tu tunjuk muka terus!"

Gulp! Aku menelan air liur.

Pengalaman lain nampak budak bermain kat tingkat 10, nampak perempuan pakai gaun putih melayang dari tempat cloaking. Macam-macam lagi kalau cerita memang banyak.

Selepas dapat tawaran belajar, aku resign jadi pengawal keselamatan. Bila tengok brader-brader yang kerja sebagai pengawal keselamatan ni memang aku tabik la dengan experience diorang yang kerja cloaking waktu tengah malam. 


Monday, 23 November 2020

Noodles Vs Nasi Lemak Sambal Sotong

Pagi tadi. Pagi yang gelap kini sudah terang. Aku makan breakfast kat sebuah kedai yang sememangnya menjadi faveret sejak dari zaman bergelar anak teruna lagi. 

Aku ambil spot tempat yang dihujung corner. Berdekatan dengan sumber pohon yang menghijau. Makanan faveret ditempah melalui adik waiter yang comel. Nasi lemak sambal sotong, sambal lebih! Kalau Maya ni pagi-pagi dia suka makan noodles. Faveret dia memang noodles. Takde rezeki nak rasa noodles yang Maya masak sendiri. Perasaan teringatkan Maya makin hebat. Apa khabar Maya agaknya. Ingat lagi ke dia dengan aku? Aiseymen, terlayan blues pulak...

Nasi lemak sambal sotong sampai dengan asap nasi yang menjulang. Bismillah, jemput makan...

Sedang leka meraup dan mengunyĆ h sambal sotong tiba-tiba meja sebelah didatangi oleh seorang lelaki tua yang mendukung seorang kanak-kanak yang sedang menangis kuat. Lelaki tua itu duduk di meja sebelah, dia senyum. 

"Cucu dia agaknya." Kata aku kat dalam hati.

Sedang aku leka makan. Sekali lagi perhatian aku ditarik oleh lelaki tua ini. Kata lelaki tua itu kepada cucunya,

"Min, tengok tu kerbau duduk kat atas pokok!"

Aku yang tengok kat pokok, cucu dia buat dek je..

Huh! 

Sunday, 22 November 2020

Terima Kasih dan Sama-Sama

Tadi baru je lepas sound orang sebab tak cakap "sama-sama" lepas aku cakap terima kasih. Kenapa tak nak cakap terima kasih? Teruk sangat ka kasih aku ni sampai hang tak mau terima?! Aku cakap terima kasih, jawablah sama-sama..!!! 

Huh!! Aku pandang budak cashier tu kecik besar kecik besar je.. Dah la senyum pun tak mahu, dia ingat aku nak sangat ke datang kedai dia tu? Mujur kedai tomyam lain tutup je, kalau tak memang aku tak lalu langsung jalan besar depan kedai dia ni. Eeeeeiii, hangin betul!

Dulu, kalau aku stress aku akan hisap rokok dunhill merah 20 batang tu habis dalam masa 2 jam je. Kemudian beli lain, hisap lagi. Dalam masa 2 jam, habis lagi then beli lagi sehinggalah perasaan stress tu reda.

Masa kat arab dulu, kerja memang stress gila-gila. Boss semuanya dari Germany, France.. Semua boss pun kaki hentam bila kerja lambat capai dateline. Perkataan 'Fuck You!', 'Motherfucker!', 'asshole', 'monkey business', semuanya adalah asam garam kata-kata carutan berbaur racist dikalangan mereka. Adat la kerja dengan mat saleh. Stress kerja. Berkotak-kotak dunhill dalam sehari! Start dari pagi dah melekat kat bibir rokok dunhill sampai la pukul 11 malam waktu tempatan di Arab Saudi. Rokok pulak murah kat sana. Orang tempatan sana kata, rokok murah sebab saja nak bagi rakyat mati cepat... Diorang cakap laaaa... Tapi, rokok oversea tak sama sedapnya dengan dunhill merah kat Malaysia. Sekali tarik terasa penuh asap dalam paru-paru.

Sekarang, aku dah quit smoking. Kalau cium mulut pun dah takde bau rokok le.. Haha! Cuma, kadang-kadang terasa rindu dengan dunhill merah bila tengok kawan-kawan hembus asap sambil kat jari diorang terkepit sebatang dunhill merah berbara....




Friday, 20 November 2020

Kaunter

Disebabkan masjid berada dalam kapasiti penuh paksi S.O.P PKPB, saya meneruskan perjalanan ke sebuah mall yang gah di sebelah bangunan PWTC. Mencari apa pun saya tak tahu. Perut tengah sakit ni. Takpe, saya boleh tahan. Singgah sekejap ke kedai buku, beli buku apa yang patut. Bercadang terus nak balik ke pejabat dan menyiapkan baki kerja yang tertangguh. 

Buka dompet cari kad touch N go. Aiseymen, kad dah tercicir. Hilang. Aiyoyoyoooo.. Terpaksalah menggunakan wang tunai untuk membeli token LRT. Belek-belek wang dalam dompet semuanya not besar. Takde pulak duit kertas lima ringgit. Macam mana ni? Mesin token ni mana nak duit not lima puluh. Aduhaiii...

Saya pun ternampak seorang lelaki yang sedang duduk bersimpuh berhampiran pintu masuk stesen LRT. Tapi, berpakaian kusut-masai. Saya terus pergi kepadanya. Lalu bertanyalah saya kepada orang itu,

"Bang, mintak tolong boleh?"

Orang tu terus menjerit-jerit meminta tolong tanpa henti,

"Tolong! Tolong! Tolong!"

Cuak. Saya terus lari meninggalkan orang itu dengan jeritannya. Semasa berlari, bahu saya dipegang oleh seseorang. Orang itu berkata,

"Bang, kalau nak tukar duit kecik pergi le kat kaunter. Jangan kacau orang-orang yang minta sedekah kat stesen ni. Kan dah kena 'bahan' dengan diorang.." Saya memandang ke arah orang yang minta tolong tadi, dia tengah tersengih. 

Huh!

Thursday, 19 November 2020

Injection kat Bontot..

Pergerakan terbatas. Tak lalu makan. Doctor bagi injection tadi. Untuk redakan demam, gastrik dan tahan sakit. Segalanya macam blur. Saya kalau sekali datang sakit memang teruk jadinya.

Tengah hari tadi dapat berita tentang seorang lagi kawan yang jug menghidap kanser meninggal dunia. Terasa malap sekejap pandangan mata. Dok fikir masa saya bila pulak 'dijemput pergi'..?

Usaha dah usaha banyak dah.. Merata dah pergi cari penawar.. Usaha lagi usaha lagi.. Itu la orang selalu cakap. Jangan putus harapan, jangan patah semangat. Awak semua yang bercakap memang mudah, tubuh yang menanggung ni awak semua ingat dia kuat sangat ke?

Sakit macam ni pun tubuh saya tak susut teruk sangat macam orang lain. Apakah ia petanda saya semakin sihat? Apakah sel itu sudah mati dengan rawatan yang berkoyan yang saya buat? Soal hidup dan mati bukan ketentuan kita nak beri justifikasi bila berakhirnya nafas. Bukan kita yang memberi kata putus bila nyawa kita akan diambil. Bukan bidang kuasa kita... 

Teringat pesanan allahyarham sahabat saya yang menghidap kaser hidung dulu. Katanya,

"Sementara hidup ni, buat amalan banyak-banyak boh..."

Pesanan whatsapp yang dia hantar tu masih ada lagi saya simpan dalam telefon ni. Terasa sangat bila dia 'pergi'. Kenangan semasa zaman bujang. Kerja kuat demi kepentingan negara. Kalau bukan kami sebagai tester, tak mungkin anda semua menikmati bekalan elektrik seperti hari ini. Keseluruh negara kami buat ujian sebelum bekalan penuh tenaga elektrik dibekalkan ke setiap rumah, pejabat, masjid, kilang, hotel walhal rumah Perdana Menteri sekalipun. 

Alor Setar, Butterworth, Bukit Mertajam, kuantan, Gebeng, Kg Awah, Lenggeng, Permas Jaya, Bukit Batu, VisionCity(Kg Baru) antara nama-nama tempat yang pernah saya buat ujian ke atas perkakas elektrik dekat pencawang masuk utama TNB. 

Semoga ada pahala untuk saya dan kawan-kawan atas kerja yang kami buat...   Al Fatihah buat arwah Pokshe..

Monday, 16 November 2020

Hujan, Kapcai dan Seksi

Kuala Lumpur basah hari ni. Hujan lebat mencurah. Hari jugak saya pergi kerja naik kapcai. Dah lama sangat kapcai tu tak pergi office, nanti takut kapcai tu lupa jalan nak ke opis pulak. Heh!

Disebabkan hari ni naik kapcai, saya selalunya  ada bawak baju hujan dalam storage box. Hari ni tertinggal pulak baju hujan tu. Atas sebab itu masa balik tadi saya tak pakai baju hujan dan membiarkan saja tubuh berbalut kemeja pink ini dibasahi air hujan yang turun dari langit dengan lancar sekali tanpa sekatan.

Terasa seksi sekali bila menunggang kapcai dalam hujan lebat tanpa memakai baju hujan! 



Baru Sampai

Saya baru sampai rumah ni. Dalam fikiran dari tempat kerja tadi dok teringatkan kepala paip yang dah patah tu. Apa la nasib air paip yang tersangkut merenjat tak boleh keluar dari batang paip besi yang keras tu. Mesti air paip tu meronta-ronta ingin dilepaskan.

Setelah ambil kepala paip yang baru dibeli dekat kedai hardware siang tadi. Saya belek-belek paip yang patah tu. Lepas tu saya perhatikan tools yang saya ada sebagai seorang lelaki elektrik, kemudian saya melihat semula ke arah paip. Perkara yang sama melihat dari satu arah ke arah yang lain berlangsung dalam 5 minit. Aikk, macam ada yang tak kena pulak...

Kemudian, saya tarik nafas dalam-dalam. Saya perhatikan semula ke arah kepala paip dan seterusnya cepat-cepat saya mengalihkan pandangan saya ke arah tool kerja-kerja elektrik yang ada. 

Ceh, baru perasan... Nak bukak kepala paip tu mana boleh pakai testpen mahupun screwdriver. Paling koman nak kena ada spanar hidup takpun ragum paip tu. Alahai, macam mana la boleh tak terfikir masa kat kedai hardware tadi nak beli spanar hidup. 

Rasanya elok saya mandi dan tidur 4-5 jam sebelum pergi ke pejabat awal pagi nanti.. 

Sunday, 15 November 2020

Paip yang Kehausan

Malam tadi sampai rumah pukul 12.30 tengah malam. Terlalu penat sampai tak sedar terbaring atas karpet kat ruang tamu dan tertidur dengan tak mandi dan pakaian yang belum bertukar. 

Terjaga pagi tadi jam 6.45 pagi. Waktu subuh yang dah nak habis. Cepat-cepat mandi dan semayang subuh. Siap berpakaian kemas nak ke site, sempat buat telur separuh masak 3 biji sebab saya tahu hari ni saya akan busy dan tak akan keluar lunch sehinggalah kerja saya siap. Masa nak sarapan tadi, elok nak basuh mangkuk tiba-tiba saya tengok macam ada leaking kat paip. Saya pantang tengok benda leaking-leaking ni. Berjejes air paip. Membazir. Ustaz kata membazir itu amalan syaitan. Saya pun belek-belek paip tu dan pusing-pusingkan paip tu.

Sekali tersalah pusing, paip tu patah dan air memancut merata kawasan dapur. Ah, sudah.. Satu hal lain pulak nak kena selesaikan pagi ni. Baju saya, seluar saya dan seluar dalam habis basah. Nak repair paip dah jadi tak sempat. Saya tutup ibu kepala paip kat sinki tu dan terus tukar pakaian. 

Tengok jam dah pukul 9.00 pagi. Nampaknya kena jadi plumber malam nanti untuk buat kerja-kerja tukar paip.. Huh!

Saturday, 14 November 2020

Pagi Yang Awal

Sejak bermulanya semula PKP dan meningkat mendadaknya kes covid-19 di Malaysia. Saya makin kerap tidur awal. Nak message dengan Maya tapi khuatir Maya tiada masa dan 'penat' nak melayan saya. Jadi, saya pendamkan saja hasrat itu. Saya nak sangat berbual dengan Maya macam dulu-dulu hingga larut malam tapi saya tahu saya dah tak boleh buat macam tu sebab mengganggu privacy orang lain hendak berehat.

Tengah malam tadi terjaga sebab bunyi mercun betul-betul macam kat sebelah telinga je bunyi meletupnya. Baru teringat yang hari ni hari raya komuniti india patut la mercun berterbangan ke angkasa macam menyambut tahun baru. Selamat menyambut deepavali.

Tentang projek amal semalam, saya mengharapkan paperwork dah start. Hendak dimajukan kepada syarikat NGO Ustaz Ebit Lew. Tak sabar dah ni nak join buat kerja-kerja amal sementara nafas masih berbaki.

Hijab ni terbuka sekali lagi masa balik dari kedai tomyam lepas berbuka semalam.. Tapi, tu nanti la saya ceritakan.. Pagi ni nak pergi jumpa kontraktor buat grill rumah dulu. Hari yang sibuk hari ni. Kerja. Kerja. Kerja... 

Friday, 13 November 2020

Lukisan Untuk Awak 6


Saya seorang yang suka pada lukisan. Seorang yang sangat-sangat menyayangi hasil karya saya sendiri. Karya saya adalah suatu simbol kepuasan dalam diri saya apabila berkarya. Jika ada, orang yang istimewa selepas ini yang akan saya serahkan lukisan-lukisan hasil karya saya ini, ketahuilah sebenarnya saya bukannya hanya menyerahkan lukisan saya sahaja semata-mata tapi bersama hati saya sekali untuk orang itu menjaganya biarpun orang itu tiada hati untuk diberikan kepada saya sebagai balasan.

Saya juga suka dengan puisi. Apa yang ada di dalam entry-entry disini, semuanya adalah puisi-puisi spontan yang terlintas dan terlahir dalam fikiran saya. Semuanya tentang apa yang terdetik dalam sedetik lebih waktu yang tersisa.

Saya juga seorang yang suka menulis. Saya suka menulis tentang apa yang berlaku disekeliling saya kerana saya tahu ada orang takkan baca tulisan dalam message, telefon atau emel tapi lebih suka berhubung dengan medium blog dalam entry-entry ini. Saya tahu, ada diantara anda juga begitu. Suka membaca hasil penulisan dan cuba memasuki jiwa sang penulis.

Saya juga adalah seorang perindu yang setia. Setiap bait-bait kata disini, semuanya saya tujukan buat dia. Saya tahu awak sukakan lukisan. Lukisan ini tentang awak. Sambungan dari apa yang saya hantarkan pada awak sebelum saya jatuh sakit hari tu. Saya tahu, awak tak baca blog saya ni. Tapi, biar saya nyatakan disini, semua tentang awak saya lukiskan. Semua tentang kita, saya tuliskan. Semua tentang saya, saya puisikan. 

Cinta takkan pergi, biarpun hati menghambat rindu sendiri.

I'm Not Type Of That Guy

Pagi tadi saya bangun awal pasal nak pergi ke rumah Jidin. Lepas tu terus nak bergerak ke pejabat. Masa mandi tu saya cuci muka sungguh-sungguh. Habis setiap inci kulit pada wajah ni saya selaputi dengan sabun yang berbuih pencuci muka untuk lelaki. Kalau Maya dia guna Safi Rania Gold. Saya guna Biore for cute men like me! Heh!

Memang menjadi rutin mencuci muka setiap malam sebelum tidur dan bangun pagi. Kalau orang nak cakap apa pasal lelaki yang mencuci muka ni, saya tak peduli pun. Orang ada mulut, diorang berkatalah sebanyak yang boleh. Allah kan dah berjanji, perbuatan mengumpat tu nanti Allah balas dengan memindahkan pahala si pengumpat pada orang yang diumpat dan dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada si pengumpat. Dapat?

Selama duduk di hospital hari tu, saya tak boleh nak cuci muka langsung. Kena pulak angin aircond. Habis kulit jadi kering. Tak selesa. Mandi, gosok gigi itu je la rutin selama 'merengkok' kat dalam hospital. Nurse ada offer nak tolong mandikan, saya beritahu tak payah susah-susah. 

Lagipun operation hari tu okay je. Sekarang pun dah makin okay ni saya rasa cuma tak boleh nak berlari macam selalu je la buat masa ni. Cuma, doktor nasihatkan banyak minum air. Kena minum lebih dari 2 liter air sehari seperti mana yang Maya sarankan beritahu sejak awal perkenalan kami dulu. Tapi, saya ni kan sibuk dengan kerja. Kekadang memang rasa dahaga, tapi rasa dahaga tu saya tolak tepi bulat-bulat, yang penting kerja siap. Kalau dok kat site TNB lagi la, tak sempat pun nak ke tandas. Kecuali kalau betul-betul rasa 'darurat' sampai dah tahan sangat baru pergi ke tandas. Hidup takde orang jaga makan minum, macam ni la jadinya. Hidup sentiasa menyibukkan diri dengan kerja dua puluh empat jam. Saya tiada masa untuk berehat. Tiada masa untuk keluar berhibur malam-malam. Saya bukan jenis macam tu, keluar malam-malam seperti kebanyakan orang lain. I'm not type of that guy. Jadual hidup saya, hanya rumah dan ke tempat kerja sahaja. Ada la sesekali lepak kat book shop because saya adalah seorang pencinta buku.

Saya lapar sangat sebenarnya ni. Dah dari pagi tadi tak makan, saya rasa elok sangat kalau saya teruskan dengan berpuasa hari ni. Malam nanti makan tomyam sayur. Alahai sedapnya tomyam.... 


Projek Amal

Bunyi deringan telefon mematikan selera aku untuk sambung tidur selepas subuh.

"Hoi, bangun! Pagi ni datang rumah aku, kita ada discussion sikit. " kata suara itu didalam telefon.

"Aku dah bangun la ni... Siapa ni? Rumah siapa?" Aku bertanya sambil menguap panjang.

"Rumah aku la.. Jidin.." Jawapan pendek. Oooh, Jidin rupanya yang called pagi-pagi buta ni. Ingatkan prank ke apa tadi. Ada orang suka buat prank, bagi nombor aku kat orang lain lepas tu suruh call buat-buat tanya pasal insurance la segala bagai.

........................................................................................................................................

Seperti biasa, bilik itu padat dengan kabus yang terbentuk dari berkilo atau mugkin bertan lepasan asap rokok penghuni dan tetamunya. Aku rasa kalau aku ada barah paru-paru suatu hari nanti, aku akan pasti menyesal kerana berada disini lebih dari tempoh 3 jam.

Mereka sedang berbincang tentang projek amal berkaloborasi dengan Ustaz Ebit Lew. Aku kagum. Untuk melakukan projek amal bersama-sama dengan Ustaz Ebit Lew adalah satu perkara yang dah lama aku nantikan. Dah lama sangat. Aku mendengar penuh teliti segala perancangan yang mereka rencanakan. Kagum. 

Dalam musim PKP yang berlanjutan ni, mereka mengutarakan beberapa idea bantuan kepada orang-orang yang susah di tempat-tempat lain. Aku mengharapkan agar kaloborasi ini dapat menjadi kenyataan walaupun aku tahu Ustaz Ebit Lew mempunyai rakan-rakan kongsi dan dermawan yang hebat-hebat belaka. 

Kalau jadi projek ni, aku nak hadiahkan pahala-pahala yang ada ni untuk arwah ayah, mak, keluarga, kawan-kawan dan termasuk awak. Doakan projek amal ni jadi, ya...

Terima kasih..

Wednesday, 11 November 2020

Ada Suatu Hari...

Ada suatu hari
Lelaki itu berjalan seorang diri
Ditepi gigi pantai yang indah
Diselangi ombak yang beralun
Menghempas batuan terukir buih nan putih

Ada suatu hari
Lelaki itu berlari seorang diri
Di atas pasir halus pantai
Berbekas telapak kakinya
Meninggalkan kesan yang hilang
Dipadamkan air laut

Ada suatu hari
Lelaki itu duduk diatas batu besar
Di pinggir hiruk pikuk
Berjauhan dari suara orang ramai
Merenung kebesaran cinta
Yang tak pernah kunjung tiba

Ada suatu hari
Lelaki itu menulis satu nama
Nama yang selalu diingatinya
Terpahat dalam jiwa dan hatinya
Namun 
Lelaki itu tahu
Nama lelaki ini tak mungkin
Terpahat dalam hati
Orang yang diingatinya

Masih ingatkah
Gadis itu pada nama
Lelaki ini?


Friday, 6 November 2020

Lelaki Ini, Cinta dan Mimpi

Saya bukanlah seorang pujangga dek kerana puisinya yang terkenal ke serata buana. Saya juga bukanlah seorang penulis yang bagus dalam merencanakan peristiwa didalam catatan entry yang tidak seberapa ini. Saya cuma seorang pengembara di dataran hamparan yang kosong. Jika penulisan saya bagus sudah tentu saya mempunyai peminat didalam siri blog ini. 

Kadangkala, catatan lelaki ini adakala ia membosankan. Adakalanya, catatan ini seronok untuk diketawakan. Adakalanya, catatan ini melahirkan rasa takjubnya tentang cinta. Ya, cinta sekali lagi. Cinta yang cuma ada dalam hatinya saja. Tidak diluahkan, tidak diendahkan. 

Lelaki ini yang kalian baca catatannya adalah merupakan seorang lelaki yang sangat-sangat workoholic. Sangat suka bekerja. Semua kerja dia buat.Kerja hakiki dia agensi teknikal negara dan kerja part time dengan syarikat karan malaysia. Bagi lelaki ini hanya kerja saja yang dapat memberikan kepuasan dan menghilangkan rasa 'sakit' dalam jiwa. Alhamdulillah, terapi kerja ini menjadi. Yesszaaaaa..! 

Lelaki ini merupakan seorang yang sangat suka melukis. Biarpun lukisannya tidak mendapat tempat di balai seni lukis negara namun cintanya kepada lukisan sangat-sangat mendalam. Seperti dalamnya perasaan lelaki ini kepada saudari Maya.

Hatinya kosong, ingin mencari permaisuri yang boleh menjaga makan minum dan pakainya. Menjadi peneman sehidup dan semati. Yang pandai masak sambal tumis sotong faveretnya. Disamping suka akan lukisan-lukisan lakaran tangannya..

Ah, mana mungkin akan ada wanita yang sanggup menjadi suri itu..? Mimpi.. Hanya mimpi.. Ya, dalam mimpi... Termimpi-mimpi dalam mimpi...

Tuesday, 3 November 2020

Congak

Malam tadi aku beli beberapa barang dapur kat kedai runcit di Taman Desa Serdang.

Pekedai pun kira,

"8 ringgit 45 sen, 2 ringgit, 2 ringgit 50 sen, 14 ringgit, 4 ringgit.. Err... Semua sekali..."

Belum pun sempat pekedai tu kira, aku terus jawab dengan yakin,

"28 ringgit 95 sen." Aku bangga menjadi seorang lelaki yang hensem, cute, rajin dan bijak.

Satu suara dari belakang,

"30 ringgit 95 sen la! Apa laaa...! Masuk sekolah balik la!"

Aku toleh. Nampak seorang budak perempuan umur lebih kurang sepuluh tahun sedang tersengih. Huh!

Menyakat

Dulu. Masa zaman study kat Shah Alam. Balik dari kelas lepas turun dari bas, setiap petang aku akan menempuhi sebuah rumah yang dijaga oleh seekor anjing garang yang sangat besar. Anjing yang suka menyakat aku. Bila disakat, aku akan berlari sekuat mungkin takut dikejar, walaupun aku tahu anjing itu diikat ke pagar. Aku tak suka, tapi aku terpaksa lalu.

Suatu masa. Paginya masa mandi nak pergi kelas, kaki aku terpijak sabun mandi dan kaki aku terseliuh. Aku terpaksa berjalan seperti orang tempang. Petangnya aku balik dari kelas macam biasa. Dan terfikir, macam mana aku nak berlari kalau aku tempang. Aku tawakal. Berjalan tempang di depan anjing itu. Kejadian menakjubkan, anjing itu tidak sedikit pun menyakat aku. Aku mengandaikan bahawa anjing itu tak akan mengacau orang kurang upaya.

Sejak itu, apabila lalu di situ, aku akan pura-pura tempang. Dan, anjing yang garang itu tidak akan mengganggu aku lagi.

Suatu hari yang lain. Ketika melalui rumah yang sama dan baru saja aku nak lakonkan aksi tempang, aku terlihat dua orang gadis jelita di seberang jalan yang mungkin baru balik kelas jugak sama macam aku. Terfikir, takkan aku nak berjalan tempang, jatuhlah saham aku di hadapan gadis jelita. Aku jaga jalan aku. Berjalan gaya seorang lelaki gagah agar gadis jelita itu cair melihat keperibadian lelaki macho yang ada pada aku ketika itu. Tak sampai tujuh langkah, aku terus disergah anjing garang yang besar tu. Aku berlari. Uh! Malu aku pada dua orang gadis jelita.

Sejak itu pula, apabila aku lalu di situ, anjing itu akan terus menyakat aku walaupun aku pura-pura tempang, pura-pura pekak, pura-pura buta, mahupun melakukan aksi badut yang melampau. Agaknya dia dah tahu taktik aku tu! Huh!

Monday, 2 November 2020

(I Don't Know) But I Do...

"Hah... Ada cerita apa nak jumpa I ni, Anoy? Beria sangat bawak motor tadi sampai ke hospital," Dr. Amelia tanya sambil tangannya memegang burger. Kami makan di luar depan lobi hospital. Dr. Amelia yang ajak, bukan aku yang beria nak makan kat situ. Bau-bauan ubat hospital menusuk hidung tapi ia tidak mengganggu kosentrasi aku mengunyah burger tu dengan penuh sopan dan susila.

"Kejap.. Kejap...." Aku membetulkan leher. Melonggarkan sedikit tali leher yang terjerut pada kemeja pink yang aku pakai kerana burger yang aku makan tersangkut kat tekak. Kedua-dua belah mata aku tertumpu pada burger Dr. Amelia. Bukan 'burger' dia yang ada dalam baju tu tapi burger dia yang dia sedang pegang langsung belum tergigit.

Dalam hati, aku cakap. Hari ni makan burger je la. Orang yang belanja, takkan nak makan yang lebih mahal dari orang yang belanja. Tapi, aku rasa ni dah cukup bernasib baik bagi seseorang yang tak berduit sebab wallet aku lupa bawak lagi! 

"Lapar sangat ke?" Berkerut dahi Dr. Amelia tengok aku mengunyah. Dr. Amelia mesti terfikir yang aku nak jumpa dia sebab nak mintak dia belanja makan.

"Tak.. Tak..." Cepat-cepat aku mengunyah, lepas tu telan le.. Tak kiralah hadam ke belum, janji dapat telan masuk perut.

"Ehmmmmmm..."Dr. Amelia angguk dengan muka confuse. Dahi dia masih berkerut tak puas hati dengan jawapan aku.

Aku tarik nafas perlahan-lahan. Sandar kat kerusi supaya aku dapar relax. Aku toleh kiri dan kanan. Lepas tu aku cakap terus terang,

"Awak nak tau ke kenapa saya nak jumpa awak?"

"Mesti le.. Tadi macam nak lompat atas kereta aje masa tahan kereta I. terkejut I. nasib baik tak terlanggar.. Kalau tak masuk surat khabar la nama you.. 'SEORANG LELAKI DILANGGAR KERETA YANG SENGAJA DITAHANNYA'. Buat le lagi lain kali.." Kata Dr. Amelia. Tangannya masih memegang burger yang entah bila pulak dia nak habiskannya.

"Tak ada apa yang penting sebenarnya. Cuma... Tak tau le.. Tiba-tiba aje rasa teringin nak jumpa.." Aku membetulkan leher lagi. Masih ada roti burger yang tersangkut kat tekak. Dah tu aku capai coke, sedut dari straw. Terasa roti dalam tekak mengembang. Ahhh... Sudah! makin mengembang roti tu tersekat kat tekak aku. Kalau aku tak boleh bernafas ni aku pasti Dr. Amelia akan melakukan CPR ciuman dari mulut ke mulut kerana sebagai seorang doktor dia pasti sangat mahir melakukan CPR itu. Heh!

Aku berdehem. Shuuupp!! Roti tu terus masuk ke dalam perut. Lega!

"Rindu le tu...." Dr. Amelia tersenyum-senyum. Sipu. Dia letakkan burger kat atas riba. Matanya dipandang ke bawah. Tapi, aku tak rasa yang aku rindu pada Dr. Amelia. Perasaan rindu aku pada masa tu hanya tertumpu pada satu nama iaitu, Maya... Rindu yang hanya aku seorang saja yang merasainya. 

Bila Dr. Amelia kata 'rindu le tu', aku jadi serba salah. Terbit perasaan terasa kepada rindu seseorang yang lain tapi bukan pada Dr. Amelia sebenarnya. Aku cuba control. Aku pun cuba mencari cerita lain supaya cerita tentang rindu itu berlalu pergi seperti bau-bau ubat hospital ini yang ditiup angin aircond kat depan pintu masuk hospital ni.

"Macam mana kerja? Okay?" Aku mula memancing ayat untuk terus berbual.

"Okay je, You tu je yang hilang tiba-tiba. Senyap, takut pergi hospital la tu.." Dr. Amelia juga memancing ayat penuh dengan tatasusila. 

"Tak laaa.. saya ada je cuma agak busy dengan kerja-kerja part time saya buat testing.. Awak tahu tak hari tu, kawan saya yang saya selalu ceritakan kat awak tu dia datang KL. Stay kat Hotel Majestic.." 

"Then, you jumpa dengan dia tak? Sempat jumpa dia tak? Peluang you ni kan untuk jumpa dia..." Dr. Amelia tersenyum dengan soalan demi soalan yang dia tujukan tepat ke muka aku.

"Ehhhmmmmmm... Itu laaa... Saya tak sempat jumpa dia.. Bukan tak sempat cuma saya busy.. Lagipun saya takut la berhadapan dengan orang cantik macam dia.." Aku mula bercerita.

"Hisssshhhhh!! You nak takut apa? Apa la bongok you ni.. Kesian la kat dia.. Dia datang KL ni you pergi la jumpa dengan dia. Dari jauh dia datang, you tak pergi jumpa dia even tak bawak dia keluar dinner pun?" Dr. Amelia terus bercakap tanpa henti.

"Awak tak faham tentang apa yang saya takutkan.. Ye la.. I bongok.. Lepaskan peluang untuk beritahu dia depan-depan yang I sayangkan dia.." Belum sempat aku habiskan ayat, Dr. Amelia potong ayat aku. Katanya,

"You dah lepaskan satu-satunya peluang yang ada tau.. Dia dah beri you peluang untuk you beritahu apa luahan hati you tapi you tak grab peluang tu.. You ingat peluang tu akan datang sekali lagi ke?"

"I tahu.. Dah takkan ada lagi peluang tu lepas ni.. Dia pun dah tak nak cakap dengan I lagi.." Aku tunduk memandang burger Dr. amelia.

Amelia menggelengkan kepala. 

"Agak-agak kalau saya pergi ke Kuantan, dia nak tak jumpa dengan saya kalau saya ajak dia keluar? Saya bawak cincin sekali..." Aku meminta pendapat Dr. Amelia.

"Mana la I tahu.. Kalau dia nak jumpa dengan you, I rasa you memang bertuah sangat.. Tapi, I tak rasa dia nak jumpa lagi dengan you laaa.. Apa-apa pun, you tanya la dia nanti kalau you pergi sana..." Dr. Amelia menerangkan situasi kalau perkara itu berlaku.

Masa balik tu, sebelum naik kereta Dr. Amelia pesan kat aku,

"Nanti esok lusa ke you belanja I pulak ek..? Pergi la message dia, dia tunggu you tu.."

"Isshhhhh.. Mana ada laa.. Dia tak tunggu saya pun.. Dia kata 10 tahun jangan cakap dengan dia.. Lagipun, saya rasa macam saya annoying dia setiap hari dengan message dia hari-hari,walaupun saya suka berbual dengan dia. Tapi, saya takut dia tak selesa dengan saya.. Saya rasa dia tak ingatkan saya pun laa.. Sebab orang cantik macam dia pasti ada ramai kawan yang mahu berdampingan.. Saya ni siapa la yang nak berkawan..."

Selama ni mungkin aku yang perasan. Perasan.. Angau pada yang tak sudi.. Rindu melilit ni sengaja aku tak buka lilitannya. Biar masa saja yang membuka lilitan rindu ni..


Friday, 30 October 2020

Memandu Van Jenazah

Suatu hari sedang saya berehat-rehat dengan nyenyak di atas tilam empuk siap berselimut. Macam biasa, kaki sebelah kanan akan terkeluar dari dalam selimut. Dah biasa. Habit lelaki ini. Terdengar deringan telefon. Dengan malasnya, saya mencapai telefon itu. 

"Elloo, Haji.... Hari ni busy tak?" Suara dari panggilan telefon.

Panggilan Haji adalah gelaran kepada saya oleh kawan-kawan yang rapat dengan saya. Sebabnya, dulu saya pernah bekerja di Arab Saudi dan sempat melaksanakan ibadah-ibadah khusus semasa berkelana selama bekerja di sana.

"Hari ni? Tak kot.." Saya jawab ringkas.

"Bagus la kalau tak busy, kau boleh tolong aku tak, Ji?" Suara itu bertanya lagi.

Dengan mamainya, saya terus bertanya tanpa melihat skrin ditelefon..

"Errr, jap.. Sape yang bercakap ni ye?"

"Aku laaaaaaa, Leman.. Kau boleh tolong tak ni?" Mata saya mula terbuka dari mamai.

"Haaa, boleh-boleh.. Aku ingat sapa tadi, awal pagi dah telefon.. Nak tolong apa tu? Heh!" Saya ketawa.

"Kau pandai bawak van kan?" Soalan Leman makin misteri.

Dulu masa kat arab bukan sahaja van, hatta kereta jenama GMC yang besar gedabak dan truck pickup pun saya pernah pandu. Itu belum kira lori keluaran USA yang banyak terdapat di sana. Sebijik macam Optimus Prime punya bentuk lori sama seperti dalam movie Transformers. Saya minta izin daripada driver lori yang hantar barang ke site untuk membuat pandu uji dan permintaan rakyat Malaysia yang bertuah ini tidak ditolak oleh pemandu lori Optimus Prime tersebut. 

"Boleh je.."

"Cantek.. Aku kat hospital ni tengah uruskan jenazah ahli kariah kat tempat aku ni. Aku nak mintak tolong kau ni, Haji.. Nanti tolong drive van jenazah ke Lanchang, Pahang, boleh?" Leman menyuarakan permintaan sebenar beliau.

Saya melopong sekejap. Ke Lanchang? Van jenazah? Gurauan apakah ini di pagi hari?

"Oooii, Haji.. Boleh tak ni? Kalau boleh nanti kau tunggu kat masjid area rumah aku ni. Park kereta kat situ je. Nanti aku mintak Pengerusi Masjid bagikan kunci van jenazah kat kau.." Kata Leman di akhir perbualan.

Dipendekkan cerita, urusan jenazah selesai lebih kurang jam 5 petang. Dari hospital tu nak ke Lanchang, Pahang mengambil masa 2-3 jam untuk sampai. Jadi, saya memandu dengan slow and steady. Bagi penghormatan terakhir kepada jenazah, didalam van jenazah memang ada disediakan CD surah bacaan ayat-ayat suci al-quran. Saya dan Leman turut sama membacakan al-fatihah sebagai sedekah buat allahyarham yang menumpang di seat belakang van jenazah.

Kami memberitahu ahli keluarga allahyarham bahawa perjalanan mungkin akan lewat berikutan hal pengurusan jenazah yang baru tamat lewat petang tadi. Dan, pihak keluarga allahyarham faham dengan prosedur hospital dan akan menunggu sehingga van jenazah sampai ke rumah keluarga allahyarham untuk dikebumikan di sana.

Perjalanan lancar dan kami berborak pelbagai cerita. Tiba-tiba, Leman buka cerita seram tentang zaman dia kerja kat sebuah kilang di Nilai. Cerita tentang diganggu makhluk halus yang menyerupai seorang pekerja kilang mati kerana bunuh diri dengan memasukkan tangan ke dalam mesin operator sehingga maut. Saya yang mendengar mula terbayang betapa azabnya memasukkan tangan sendiri ke dalam mesin kilang sehingga terputus nyawa. Gulp! 

Apabila tiba di persimpangan keluar Lanchang, 'KKhDDuuKKDKK!!' saya terasa seperti terlanggar sesuatu. Leman memberikan isyarat tangan dengan menunjukkan ke arah bawah seperti bertanya kepada saya, apa yang saya langgar di bawah van ni?

Saya berhentikan kenderaan dan keluar periksa. Namun, tiada apa. Bumper van dalam keadaan baik, tayar jugak tidak menunjukkan ada kesan-kesan melanggar sesuatu. Setelah itu, perjalanan kami teruskan. 

Belum pun sempat 100 meter kenderaan bergerak, tiba-tiba diatas bumbung pula ada kedengaran bunyi 'DUMM! KDEBUKK!' Saya pandang muka Leman, Leman pandang muka saya. Masing-masing telan air liur sendiri. Saya nampak percikan halus pada dahi Leman dalam samar cahaya suram lampu jalan.

"Apa tu, Haji?" Leman mula menegur. 

Saya mengerutkan dahi dan meletakkan jari telunjuk dibibir. Untuk makluman, saya meletakkan jari di bibir saya tau, bukan dibibir Leman. Sambil berbisik pada Leman,

"Jangan tegurrrrrrrrr.. Syyyhhhhhhh!!"

'DUUUMMM!! DUMMMM!!!' kali ini bunyinya hentakan makin kuat. Saya perhatikan ke arah keranda di belakang masih dalam keadaan baik. Tiada tanda-tanda mayat yang ada di dalam keranda itu akan melompat keluar.

Saya perhatikan Leman, percikan peluh di dahinya kini sudah meleleh sampai ke hidung. Nyata nampak seperti hingus budak kecil yang tidak dilap. Dalam keadaan itu, saya hampir ketawa tapi saya masih mampu menahan.

"HAAAAAAJJIIIIIIIIIII...!! KAT SEBELAH KAUUUU!!" Leman menjerit. Dan saya juga turut terperanjat dengan jeritan Leman. 

Saya menoleh pantas ke sebelah kanan. Saya lihat lembaga perempuan dengan wajahnya yang berulat, dengan mata yang terperosok ke dalam, menampakkan gigi taring menyeringai. Lidah terjelir panjang. Lembaga itu seperti sedang 'menumpang' mengintai dari atas bumbung van. Rambutnya yang panjang berjuraian ke bawah menutup ruang pandangan tingkap tempat saya. lembaga itu mengetuk tingkap. "DUM! DUM! DUM!' 

Saya perhatikan Leman. Dia dah tak sedarkan diri, mungkin kerana terkejut. Yang masih sedar pada masa itu cuma saya. Saya laungkan azan, iqamah dan bacaan doa tidur dengan harapan saya juga turut tak sedar macam Leman daripada terus menatap wajah ngeri makhluk tersebut. Sayangnya, saya terus sedar pada masa tu.

Setelah azan buat kali yang ketiga, barulah makhluk itu lari terbang meninggalkan van jenazah yang saya pandu. Dalam menggigil, saya kembali pandu van tersebut hingga sampai ke rumah keluarga allahyarham. Ahli keluarga allahyarham berkata,

"Lena kawan encik ni tidur, ya. Penat sangat menguruskan jenazah dari awal pagi tadi kot."

Saya hanya tersenyum. Walhal dia tak tahu yang Leman tu sedang pengsan sebab ternampak makhluk yang tak diundang semasa dalam perjalanan tadi.

Selesai urusan pengkebumian dalam jam 11 malam. Saya memohon diri untuk berangkat pulang. Sebelum pulang, salah seorang dari ahli keluarga berpesan..

"Encik kalau lalu ikut Lanchang tu hati-hati la ye sebab kawasan tu 'keras' kalau bawak kereta malam macam ni...."

Saya cuma mengangguk dan tersenyum kelat. Saya mengharapkan Leman terjaga agar dapat menemani saya memandu pulang pada malam itu. Tapi, Leman masih tak sedarkan diri. Sepanjang perjalanan pulang pada malam itu, saya cuma ditemani oleh bau kapur barus yang masih segar hingga ke Kuala Lumpur.......

Thursday, 29 October 2020

Gunting Rambut

Tadi. Gunting rambut. Kedai kecik tapi ada aircond. Musim PKP ni semua benda kena sanitize. Safety first kata mereka.

Bagi lelaki tulen, suasana kedai gunting memang kami tak ambik pusing. Asalkan guntingannya memenuhi citarasa.

Selesai menggunting, ada sesi pusing kepala. 'KELEKUK!' Bunyi tengkuk semasa dipusingkan kepala saya. Nyaman, beb! Macha tu kata,

"Waaahhh... Abang ada sikit nasib baik. Dulu, satu kali saya pusing, itu customer pergi hospital juga.."

Huh...! 

Puisi Hati

Diri sendiri,
Ingin ke renung wajahmu yang sayu
Bersama angin yang terus berlalu
Ketika aku mula mengenali kau dulu
Wajah itu juga wajah yang sama digigit pilu
Ku buai mimpi yang pasti dan pasti.

Diri sendiri,
Wajahmu sayang tiada erti lagi
Langkahmu aku tak mengerti kini
Suram wajahmu jua tak kutangisi
Hanya senyumanku 
Bersama doaku dalam pangkuanmu
Bersama titisan keringat lukisan-lukisan itu.

Aku pasti,
Manusia yang mati, pasti mati jua akhirnya
Biarpun sekadar disudut hati yang jauh
Inginku belai bayu itu
Belai selembut sutera
Indah dimata yang berkaca
Meskipun berderai
Dihati yang pasti mati.

Friday, 23 October 2020

Tahlil Untuk Ayah

Terjaga dari lena sebab terasa sejuk sangat. Temperature tubuh dah semakin menurun. Cuma rasa sakit-sakit badan masih berbisa. Perut lapar tapi lidah tak berapa nak ada selera lagi. Masih lagi lapar. Kali terakhir denggi dulu, disebabkan tak lalu makan, saya terpaksa menanggung gastrik yang sangat teruk. Semoga dijauhkan dengan penyakit itu sekali lagi.

Ya, Rahman.. Jika Engkau izinkan saya untuk sembuh esok, saya akan membuat tahlil untuk arwah ayah selepas solat maghrib. Ya Rahim, masa saya kecil dulu saya antara orang yang tak rapat dengan ayah. Ayah orang yang baik. Ayah orang yang suka membantu orang lain. Dan, ayah seorang yang sangat-sangat istimewa ilmunya.

Saya rasa rindu sangat-sangat nak cium pipi ayah Setelah sekian lama, perasaan itu tiba-tiba hadir dalam rasa sebak rindu yang tiada berpenghujung.

Memandikan ayah, mengkafankan ayah dan menjadi imam dalam solat jenazah menjadikan saya sebagai seorang lelaki yang berjaya menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Wajah ayah seperti sedang tersenyum selepas saya mencium dahinya ketika selesai disembahyangkan di masjid. Wajahnya berseri seperti telah 'nampak' ganjaran yang telah Allah s.w.t janjikan di alam abadi kelak.

Ayah... Saya amat merindukan ayah. Kali terakhir saya bermimpikan ayah ketika selepas 2minggu ayah 'pergi'. Ayah pada masa itu sedang tidur dalam mimpi tu. Tidur seperti kebiasaannya selepas balik dari solat zohor berjemaah. Wajah ayah tak menampakkan ayah sakit pun. Semuanya seperti biasa dan ayah tak pernah sakit.

Doa dan zikir istighfar dari anakanda hadiah buat ayahanda tersayang. 

Kalau ada sesiapa yang nak saya buat bacaan tahlil untuk arwah ibu bapa, adik beradik atau sesiapa saja, boleh la komen dalam entry ini dengan memberikan nama orang yang telah meninggal dunia itu. Tiada bayaran dikenakan. Semuanya kerana Allah s.w.t. Saya akan membaca tahlil pada setiap hari selepas solat maghrib. Semoga Allah s.w.t ampunkan dosa semua muslimin dan muslimat samaada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jika bukan kita yang sampaikan pahala ini buat mereka muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia ni, siapa lagi yang mereka harapkan?

Thursday, 22 October 2020

Dengue Fever

I have been told so many times that life without an healthy body is incomplete. I am trying my best level to lead an healthy life style. I know the rule of healthy living but to put it into practice is about an another story.

Today, I was drank about 4 bottle of mineral water or a plain water without missed every 30 minute. But, my fever temperature was still higher than a normal temperature for an human being. 

After getting 'bersiram' under shower pipe, I feel more comfortable. I feel like during that time I'm taking bath in a river. Selesa. So selesa. 

But now, I feel my temperature was slide down to 37.3 celcius. The reading was accordingly direct to reading of my thermometer.. I just need to drink more water after taking all of these medicine. 

Dengue have no specific medicine. But all I can do is drink, drink, drink and drink... 

Don't worry.. Everything were be fine.. Trust me... 

Wednesday, 14 October 2020

Si Hitam

 

Dalam seminggu,
3 hari aku akan balik malam..
sebab keje menimbun..

biasa sampai umah dalam kul 11pm..
aku balik naik motor,
so kena jalan melalui lorong sunyi dalam 10 minit dari jalan besar.

bila balik malam,
ada beberapa ekor anjing suka lepak kat kawasan perumahan aku..
so, aku akan berhadapan dengan anjing-anjing ni..
biasanya,
anjing-anjing ni akan lari kalau aku sampai.


tapi, semenjak bulan lepas,
ada seekor anjing muncul..
nama dia hitam, sebab badan dia warna hitam.
kalau badan dia warna putih, mesti aku cakap nama dia putih.

si hitam ni, akan menyalak dan cuba berlawan dengan aku..
konon-konon dia hero la..
anjing-anjing lain cuma melihat sahaja.


paling teruk, minggu lepas,
si hitam hampir-hampir mengigit aku..
dia ingat aku nak lari, tapi aku pantang berundur..
aku cepat mara sambil melibaskan beg aku yg kosong..
aku pegi kerja bawak beg kosong jer..
apa2 pun tak der..
aku pun tak tau naper aku bawak beg kosong..
rasa tak selesa pegi kerja tak bawak beg..
kadang2 kalau aku beli bekpes , aku letak la dalam beg...
tu jer fungsi beg aku..

tapi, pernah gak letak payung pendek dalam tu..
sebab aku senang jer dapat payung free..
biasa aku jumpa payung tertinggal (ramai org tertingal payung kat opis aku)..
tapi aku selalu terhilangkan payung yg aku jumpa..
beg yg aku bawak nie pun free, aku redeem dari jusco point..
rasanya aku dah berbelanja hampir RM4K kat Jusco.


so, aku cuma terpikirkan mengenai keselamatan kanak-kanak di kawasan perumahan nie..
kanak-kanak mungkin tak mampu nak melawan anjing nie..
si hitam agak kuat dan punya mata yg menakutkan..
buat masa ni cuma aku jer yg mampu mengalahkan si hitam...


so, should i kill this black DOG?
banyak pilihan yg aku pilih utk bunuh anjung nie, antaranya :

1) pukul kepala dia dengan tukul besi semasa dia tido..

2) letak racun dalam makanan dia.. harap2 anjing lain x makan la

3) langar dia dengan keta opis ku, kalau aku bawak balik keta opis la, keta sendiri mana bole kotorkan.

so.. what do you think, guys?

Tuesday, 15 September 2020

Oh, tuhan.. Dengan Siapa Aku Sedang Berurusan ni?


Petang tadi aku dapat satu whatsapp message dari Samad Rapunzel. Dia kata, dia bagi nombor telefon whatsapp aku pada kawan dia. Kawan dia nak suruh lukis potret, katanya. 

"Orait, bro..!", Tanpa bertanya dengan lebih lanjut sebab kerja tengah banyak ni lagipun masa tu aku tengah whatsapp dengan sorang kawan jauh yang tak pernah jumpa pun. Selesa berbicara.

Lebih kurang jam 5.41 petang, semasa sedang menunggu anakanda Harith dekat sekolah. Ada message whatsapp masuk. Aku menjangkakan ia adalah whatsapp daripada client yang Samad Rapunzel bagitahu tadi. Katanya nak jumpa sebab nak bagi gambar untuk lukis potret tu.

Aku cakap, 

"Kalau bagi gambar dalam whatsapp pun takpe, saya boleh je lukis berdasarkan maklumat gambar yang ada dalam whatsapp tu." Berkeras dia tak mahu, katanya nak jumpa jugak. Bila jumpa lagi senang nak bercerita pasal payment segala bagai.

Okay, aku mengalah dengan client ni. Nak berjumpa di kedai mamak kat Serdang pada malamnya selepas waktu maghrib.  

Malam tu...

Dia kata dalam whatsapp dia dah sampai dan duduk dekat penjuru sebelah kiri kedai. 

"Tempat agak tersorok sikit, kat sebelah belakang.." katanya didalam perbualan whatsapp.

Bila sampai, aku ceritakan semua yang dia patut tahu. Aku suruh dia pilih nak guna medium apa, kertas saiz berapa, nak frame sekali ke tak, nak bayar payment online pun tak de hal. Itu yang aku bagitahu dia.

Tiba-tiba, dia kata,

"Boleh saya duduk sebelah you tak..? Saya macam tak jelas la apa yang you cakap tadi..."

"Boleh, duduk laa.. Takde hal.. Apa yang tak jelasnya..?"Aku pelawa dia duduk kat sebelah.

"Saya ni sayang dengan dia.." Dia bercakap sambil memandang gambar yang dia nak aku lukis tu.

"Saya kenal dia dah bertahun, tapi lepas tu dia pergi.. Hilang tanpa khabar... You tahu tak, saya rindu dia sangat.. sebab tu saya nak buat potret ni.." Aku diam tapi mata aku dah bulat sikit. Terbeliak.

Dengan siapa aku sedang berurusan ni, wahai tuhan?

Dalam gambar tu jelas kelihatan kelibat dia dengan seorang lagi manusia sama jantina dengan dia. Sama jantinanya dengan aku juga!

Kemudian, dia pandang aku dengan penuh harapan. Tangan dia menyisir rambut aku..

"Wooo..!! Woo..!! Bro, lu dah lebih ni...Pegang-pegang gua..!" Aku bangun dari kerusi dan berdiri jauh dari mamat tu seolah-olah macam aku baru nampak tikus besar keluar dari celah almari. Pelanggan dalam kedai mamak memandang tepat ke arah kami. Aku kaget!

"Sorry .."Dia kata sambil senyum. Kalau ikutkan hati, nak saja aku tumbuk muka dia. 

"Saya minta maaf, kalau macam ni la punya urusan untuk melukis potret, saya tak jadi la nak ambil order untuk lukisan tuan.. Minta maaf ye..." Aku terus blah dari kedai mamak tu tanpa menghirup gelas air limau nipis yang dipesan.

Dia diam terkebil-kebil. Mungkin terperanjat dengan tindakan drastik aku yang diluar jangka. Kalau ada cerita dalam internet cerita viral pasal pelukis kat kedai mamak tak mahu minum air limau nipis, aku lah objek yang dimaksudkan tu..!

Sampai saja di rumah, aku called Samad Rapunzel. Dari dalam telefon aku dengar dia ketawa berdekah-dekah. Mungkin masa tu dia dapat mengagak macam mana cuaknya aku berhadapan dengan 'makhluk kunyit'.. Memang nak kena orang tua ni.. Hampeh betul!

Aku straight la, bukan gay! Bukan juga biseksual..! Nabi tak mengaku umat ooiiii... Ishhhhh, mintak simpang jauh-jauh!


Friday, 15 May 2020

Misteri Member Prep Malam



Pernah tinggal dan belajar di asrama merupakan pengalaman yang paling seronok ketika bergelar sebagai seorang pelajar. Banyak pengalaman hidup yang boleh mendewasakan pelajar ketika mencari identiti pada waktu tersebut.

Prep malam bukanlah perkara asing bagi aku. Setiap malam pun aku selalu prep malam untuk buat persediaan bagi sesi pembelajaran hari esok. Dorm kat atas, kelas prep pulak betul-betul kat tingkat bawah dorm.

Kebiasaannya, dalam satu kelas akan ada ramai pelajar lain yang akan turut sama study dalam bilik prep. Ada yang belajar, mereka akan belajar bersungguh-sungguh. Ada pula yang turun ke bilik prep sebab nak bersembang kosong dengan member dari dorm lain dan ada jugak yang hadir ke bilik prep kerana nak mengarang ayat dalam 'kertas berlipat' untuk diberikan kepada pelajar ASPURI. Tak kisah apa jua aktiviti yang pelajar lain lakukan semasa prep ia adalah hak pelajar tersebut dalam mengisi ruang dan waktu yang terbias berjalan apabila bergelar BUDAK HOSTEL.

Aku jenis yang jarang turun prep sejak bergelar senior dalam hostel ni. Nak pulak tahun 2001 tu tahun aku kena hadap peperiksaan yang akan menentukan masa depan pelajar yang semacam aku. Sejak kena ceramah dengan sensei Rahim tentang perkiraan destinasi pada masa depan, secara tak langsung keinginan untuk berjaya dan jadi orang yang hebat timbul meluap-luap. Dan, pada malam tersebut aku buat keputusan aku akan study dalam bilik prep sampai mengantuk sangat-sangat. Yesszaaaaa...!!

"Wey, Anoy.. Hang nak pi mana? Mai la singgah sat tengok budak junior ni buat pusing helikopter dulu...", Tegur salah seorang member dalam dorm.

Aku buat dek je sambil galas beg lantas turun ke bilik prep.

Jam kat dinding kelas prep baru pukul 11.30 malam. Bunyi bising suara pelajar masih kedengaran apabila warden semua dah balik meninggalkan pejabat warden yang terletak di bawah asrama ASPURA.

"Tak tido lagi diorang ni, memekak betul. Aku nak study pun payah.. Bising!!" Mengomel dalam hati sendirian.

Aku sambung study...

Lebih kurang jam 12.45 tengah malam, kawasan asrama mulai sunyi dari gelak tawa pelajar-pelajar ASPURA yang aku kirakan pada masa itu semuanya sedang nyenyak tidur. Alhamdulillah, boleh study tanpa ada gangguan.

KKREEEOOKKKKKKK!! Terdengar suara engsel pintu berbunyi. Disebalik samar cahaya lampu koridor, kelihatan Ali dari kelas Pengajian Kejuruteraan Elektrik menjengah masuk. Ali tersengih. Matanya yang sepet tu terus menjadi sepet semacam garisan tebal pada wajah.

"Aku join hang study naa...?" Ali bersuara. Masih lagi tersenyum. Berjalan girang menuju ke meja. Tempat duduk Ali selang 3 baris di hadapan aku.

"Duduk la aihh, bukan harta aku pun nak halang hang study sama.. Hak Kerajaan Malaysia semua ni.. Hahaha!" Aku cuba membuat lawak spastik tapi Ali tidak memberikan sebarang reaksi. Mungkin lawak aku aku tadi lawak paling bodoh yang dia pernah dengar agaknya.

Jam dah menunjukkan pukul 02.00 pagi. Kipas yang berpusing ni laju betul. Habis terselak-selak kertas yang ada di atas meja. Kain pelekat yang aku pakai pun turut sama terselak tapi tidaklah terselak hingga ke paras pusat. Aku perhatikan Ali, diam kaku khusyuk belajar. Tangan kirinya menongkat pipi sambil kepalanya tertunduk menghadap buku yang di baca. Tidak bergerak.

"Hebat jugak dia ni study. Dari tadi tak bergerak langsung. Salute la dengan lu, brader" Kata aku kat dalam hati sambil menjuihkan bibir menghala ke Ali.

Kertas-kertas terus terselak dek ditiup angin kipas yang deras. PRAAPP!! Pensel-pensel yang diletakkan dekat atas kertas tadi semua jatuh ke atas lantai bawah meja.

"Aiseymen...." Aku bingkas tunduk ke bawah meja dan kutip kertas dan pensel yang terjatuh tadi.

Sambil kutip pensel-pensel dan kertas tu mata aku terpandang ke arah kain pelekat yang dipakai Ali.
Kain pelekat dia meliuk lentuk ditiup angin. Kelihatan kerusi kayu tempat dia duduk teguh berdiri diatas lantai namun disebalik kain pelikat yang Ali pakai, aku tak nampak pun kaki Ali.

Aku bangun semula perhatikan apakah dia melipatkan kaki dia kat atas kerusi. Ternyata tidak. Kaki dia tampak lurus ke bawah menghala ke lantai. Sekali lagi aku tunduk ke bawah meja, mata aku mula membulat. Ali yang ada depan aku ni pakai kain pelikat tapi takde kaki. Ah, kena dah aku kali ni!!!

"Ah, sudah.. Apa pulak nak jadi lepas ni..?" Sekali lagi aku mengomel dalam hati.

Andrenalin aku dah jadi abnormal pada masa tu. Semua benda jadi kusut. Aku kemas semua perkakas dan buku-buku yang ada ke dalam beg. Aku tarik nafas panjang sepanjang-panjangnya. Kemudian, aku bersuara dengan nafas tersekat-sekat menggigil..

"Aku gerak dulu la, Ali...Aku dah siap study ni.."Sambil tak pandang dia, aku terus berjalan ikut pintu belakang yang ada dalam bilik prep ni.

"Aiiiii.. Bukan ke nak study sampai mata dah betul-betul mengantuk?"Ali bersuara namun dia terus kaku dengan kepala menunduk ke bawah.

"Takpelah, aku dah siap dah ni..." Aku jawab ringkas.

"Dah siap study ke hang dah tahu aku sapaaaaaaaaaaa....? Hihihihihihiiiiiiiiiiii..." Lepas dia jawab macam tu, aku terus lari naik masuk dorm. Berselimut satu badan.

Esoknya, aku mohon kebenaran kat warden untuk pergi klinik dekat Kamunting sebab demam panas dan doktor bagi MC 3 hari.

Untuk self record, sejak malam tu aku dah tak pergi lagi kalau prep sorang-sorang kat hostel pada waktu tengah malam.