"Kejap.. Kejap...." Aku membetulkan leher. Melonggarkan sedikit tali leher yang terjerut pada kemeja pink yang aku pakai kerana burger yang aku makan tersangkut kat tekak. Kedua-dua belah mata aku tertumpu pada burger Dr. Amelia. Bukan 'burger' dia yang ada dalam baju tu tapi burger dia yang dia sedang pegang langsung belum tergigit.
Dalam hati, aku cakap. Hari ni makan burger je la. Orang yang belanja, takkan nak makan yang lebih mahal dari orang yang belanja. Tapi, aku rasa ni dah cukup bernasib baik bagi seseorang yang tak berduit sebab wallet aku lupa bawak lagi!
"Lapar sangat ke?" Berkerut dahi Dr. Amelia tengok aku mengunyah. Dr. Amelia mesti terfikir yang aku nak jumpa dia sebab nak mintak dia belanja makan.
"Tak.. Tak..." Cepat-cepat aku mengunyah, lepas tu telan le.. Tak kiralah hadam ke belum, janji dapat telan masuk perut.
"Ehmmmmmm..."Dr. Amelia angguk dengan muka confuse. Dahi dia masih berkerut tak puas hati dengan jawapan aku.
Aku tarik nafas perlahan-lahan. Sandar kat kerusi supaya aku dapar relax. Aku toleh kiri dan kanan. Lepas tu aku cakap terus terang,
"Awak nak tau ke kenapa saya nak jumpa awak?"
"Mesti le.. Tadi macam nak lompat atas kereta aje masa tahan kereta I. terkejut I. nasib baik tak terlanggar.. Kalau tak masuk surat khabar la nama you.. 'SEORANG LELAKI DILANGGAR KERETA YANG SENGAJA DITAHANNYA'. Buat le lagi lain kali.." Kata Dr. Amelia. Tangannya masih memegang burger yang entah bila pulak dia nak habiskannya.
"Tak ada apa yang penting sebenarnya. Cuma... Tak tau le.. Tiba-tiba aje rasa teringin nak jumpa.." Aku membetulkan leher lagi. Masih ada roti burger yang tersangkut kat tekak. Dah tu aku capai coke, sedut dari straw. Terasa roti dalam tekak mengembang. Ahhh... Sudah! makin mengembang roti tu tersekat kat tekak aku. Kalau aku tak boleh bernafas ni aku pasti Dr. Amelia akan melakukan CPR ciuman dari mulut ke mulut kerana sebagai seorang doktor dia pasti sangat mahir melakukan CPR itu. Heh!
Aku berdehem. Shuuupp!! Roti tu terus masuk ke dalam perut. Lega!
"Rindu le tu...." Dr. Amelia tersenyum-senyum. Sipu. Dia letakkan burger kat atas riba. Matanya dipandang ke bawah. Tapi, aku tak rasa yang aku rindu pada Dr. Amelia. Perasaan rindu aku pada masa tu hanya tertumpu pada satu nama iaitu, Maya... Rindu yang hanya aku seorang saja yang merasainya.
Bila Dr. Amelia kata 'rindu le tu', aku jadi serba salah. Terbit perasaan terasa kepada rindu seseorang yang lain tapi bukan pada Dr. Amelia sebenarnya. Aku cuba control. Aku pun cuba mencari cerita lain supaya cerita tentang rindu itu berlalu pergi seperti bau-bau ubat hospital ini yang ditiup angin aircond kat depan pintu masuk hospital ni.
"Macam mana kerja? Okay?" Aku mula memancing ayat untuk terus berbual.
"Okay je, You tu je yang hilang tiba-tiba. Senyap, takut pergi hospital la tu.." Dr. Amelia juga memancing ayat penuh dengan tatasusila.
"Tak laaa.. saya ada je cuma agak busy dengan kerja-kerja part time saya buat testing.. Awak tahu tak hari tu, kawan saya yang saya selalu ceritakan kat awak tu dia datang KL. Stay kat Hotel Majestic.."
"Then, you jumpa dengan dia tak? Sempat jumpa dia tak? Peluang you ni kan untuk jumpa dia..." Dr. Amelia tersenyum dengan soalan demi soalan yang dia tujukan tepat ke muka aku.
"Ehhhmmmmmm... Itu laaa... Saya tak sempat jumpa dia.. Bukan tak sempat cuma saya busy.. Lagipun saya takut la berhadapan dengan orang cantik macam dia.." Aku mula bercerita.
"Hisssshhhhh!! You nak takut apa? Apa la bongok you ni.. Kesian la kat dia.. Dia datang KL ni you pergi la jumpa dengan dia. Dari jauh dia datang, you tak pergi jumpa dia even tak bawak dia keluar dinner pun?" Dr. Amelia terus bercakap tanpa henti.
"Awak tak faham tentang apa yang saya takutkan.. Ye la.. I bongok.. Lepaskan peluang untuk beritahu dia depan-depan yang I sayangkan dia.." Belum sempat aku habiskan ayat, Dr. Amelia potong ayat aku. Katanya,
"You dah lepaskan satu-satunya peluang yang ada tau.. Dia dah beri you peluang untuk you beritahu apa luahan hati you tapi you tak grab peluang tu.. You ingat peluang tu akan datang sekali lagi ke?"
"I tahu.. Dah takkan ada lagi peluang tu lepas ni.. Dia pun dah tak nak cakap dengan I lagi.." Aku tunduk memandang burger Dr. amelia.
Amelia menggelengkan kepala.
"Agak-agak kalau saya pergi ke Kuantan, dia nak tak jumpa dengan saya kalau saya ajak dia keluar? Saya bawak cincin sekali..." Aku meminta pendapat Dr. Amelia.
"Mana la I tahu.. Kalau dia nak jumpa dengan you, I rasa you memang bertuah sangat.. Tapi, I tak rasa dia nak jumpa lagi dengan you laaa.. Apa-apa pun, you tanya la dia nanti kalau you pergi sana..." Dr. Amelia menerangkan situasi kalau perkara itu berlaku.
Masa balik tu, sebelum naik kereta Dr. Amelia pesan kat aku,
"Nanti esok lusa ke you belanja I pulak ek..? Pergi la message dia, dia tunggu you tu.."
"Isshhhhh.. Mana ada laa.. Dia tak tunggu saya pun.. Dia kata 10 tahun jangan cakap dengan dia.. Lagipun, saya rasa macam saya annoying dia setiap hari dengan message dia hari-hari,walaupun saya suka berbual dengan dia. Tapi, saya takut dia tak selesa dengan saya.. Saya rasa dia tak ingatkan saya pun laa.. Sebab orang cantik macam dia pasti ada ramai kawan yang mahu berdampingan.. Saya ni siapa la yang nak berkawan..."
Selama ni mungkin aku yang perasan. Perasan.. Angau pada yang tak sudi.. Rindu melilit ni sengaja aku tak buka lilitannya. Biar masa saja yang membuka lilitan rindu ni..
2 comments:
Kalau saya jadi dia, kan... Saya akan bagi awak satu lagi peluang.. Dan, saya rasa dia masih ada sedikit 'rasa' tu dengan awak, cuma dia mungkin ego untuk mengaku apa yang dia rasa.. Selalunya bila ego menguasai diri memang hakikatnya takkan nampak jalan hubungan tu akan kekal.. Lelaki letrik, nak tak dating dengan saya kalau saya jadi pengganti Maya awak tu? Heheheee...
Saya sayangkan Maya.. Saya rindu Maya.. Hakikatnya, hati saya tak mungkin dapat melupakan dia biarpun dia berada lebih kurang 3 jam perjalanan dari Kuala Lumpur.. Setiap saat, hati saya sentiasa mendoakan kesejahteraan buat dia biarpun dia tak tahu betapa saya sayangkan dia.. Maafkan saya, Maya saya tiada pengganti..
Post a Comment