Friday, 13 November 2020

Lukisan Untuk Awak 6


Saya seorang yang suka pada lukisan. Seorang yang sangat-sangat menyayangi hasil karya saya sendiri. Karya saya adalah suatu simbol kepuasan dalam diri saya apabila berkarya. Jika ada, orang yang istimewa selepas ini yang akan saya serahkan lukisan-lukisan hasil karya saya ini, ketahuilah sebenarnya saya bukannya hanya menyerahkan lukisan saya sahaja semata-mata tapi bersama hati saya sekali untuk orang itu menjaganya biarpun orang itu tiada hati untuk diberikan kepada saya sebagai balasan.

Saya juga suka dengan puisi. Apa yang ada di dalam entry-entry disini, semuanya adalah puisi-puisi spontan yang terlintas dan terlahir dalam fikiran saya. Semuanya tentang apa yang terdetik dalam sedetik lebih waktu yang tersisa.

Saya juga seorang yang suka menulis. Saya suka menulis tentang apa yang berlaku disekeliling saya kerana saya tahu ada orang takkan baca tulisan dalam message, telefon atau emel tapi lebih suka berhubung dengan medium blog dalam entry-entry ini. Saya tahu, ada diantara anda juga begitu. Suka membaca hasil penulisan dan cuba memasuki jiwa sang penulis.

Saya juga adalah seorang perindu yang setia. Setiap bait-bait kata disini, semuanya saya tujukan buat dia. Saya tahu awak sukakan lukisan. Lukisan ini tentang awak. Sambungan dari apa yang saya hantarkan pada awak sebelum saya jatuh sakit hari tu. Saya tahu, awak tak baca blog saya ni. Tapi, biar saya nyatakan disini, semua tentang awak saya lukiskan. Semua tentang kita, saya tuliskan. Semua tentang saya, saya puisikan. 

Cinta takkan pergi, biarpun hati menghambat rindu sendiri.

6 comments:

Anonymous said...

Kalaulah boifren saya macam awak, indahnya dunia saya.. Romantik la awak ni tuan blogger..

Anonymous said...

Saya rasa pon macam tu, saya single lagi ni. Nak tak jadi bopren saya.. reply msg saya jika anda setuju..hehehe

Lelaki Letrik said...

Romantik? Rasanya boyfriend awak kena pikat awak selalu ni.. Saya cuma meluahkan isi hati saya dari lubuk yang terpendam pada dia. Tapi, saya tahu dia tak baca. Semuanya hanya dalam catatan ini.. 😊

Lelaki Letrik said...

Ini cabaran ke tawaran..?Heh!

Anonymous said...

Awak dah tak melukis lagi ke, encik romantik?

Lelaki Letrik said...

Saya masih melukis.. Sedang menyiapkan beberapa lukisan Maya yang tertangguh kerana kesibukan kerja.. Insyaallah, Nanti saya postkan dalam entry terbaru..