Suatu masa. Paginya masa mandi nak pergi kelas, kaki aku terpijak sabun mandi dan kaki aku terseliuh. Aku terpaksa berjalan seperti orang tempang. Petangnya aku balik dari kelas macam biasa. Dan terfikir, macam mana aku nak berlari kalau aku tempang. Aku tawakal. Berjalan tempang di depan anjing itu. Kejadian menakjubkan, anjing itu tidak sedikit pun menyakat aku. Aku mengandaikan bahawa anjing itu tak akan mengacau orang kurang upaya.
Sejak itu, apabila lalu di situ, aku akan pura-pura tempang. Dan, anjing yang garang itu tidak akan mengganggu aku lagi.
Suatu hari yang lain. Ketika melalui rumah yang sama dan baru saja aku nak lakonkan aksi tempang, aku terlihat dua orang gadis jelita di seberang jalan yang mungkin baru balik kelas jugak sama macam aku. Terfikir, takkan aku nak berjalan tempang, jatuhlah saham aku di hadapan gadis jelita. Aku jaga jalan aku. Berjalan gaya seorang lelaki gagah agar gadis jelita itu cair melihat keperibadian lelaki macho yang ada pada aku ketika itu. Tak sampai tujuh langkah, aku terus disergah anjing garang yang besar tu. Aku berlari. Uh! Malu aku pada dua orang gadis jelita.
Sejak itu pula, apabila aku lalu di situ, anjing itu akan terus menyakat aku walaupun aku pura-pura tempang, pura-pura pekak, pura-pura buta, mahupun melakukan aksi badut yang melampau. Agaknya dia dah tahu taktik aku tu! Huh!
2 comments:
Akhirnya baru hari ni saya tak dengar cerita pasal maya, rasa saya dapat faham dari penulisan sebelum sebelum ni, maya telah pergi kan dan x kembali.. tahniah tuan lelaki elektrik saya kagum kerana dah tak kagum dengan nama maya tu.. apa sangat la maya tu. Cari jer pengganti. Ramai follower kat sini bro!
Awak mungkin faham apa yang saya catatkan disini dari awal hingga kini. Tapi, siapalah kita untuk menilai takdir. Saya percaya segala perancangan Allah SWT adalah sebaik-baik perancangan.. Maya tak mungkin ada pengganti dalam hati saya.. Dan saya tahu didalam hati dia ada secebis rasa rindu buat saya walaupun hanya seruas jari.........
Post a Comment