Cerita tentang seorang lelaki yang berbentuk catatan ringkas dan kadangkala panjang sebab lelaki ini suka bercerita dalam blog yang dibuat khas untuk dia bercakap tanpa suara. Sebab apa? Sebab ceritanya ringkas kadangkala kontot dan kadangkala panjang, santai dan senang faham. Hati kau akan riang berbunga bila baca catatan ini setiap hari. Hmmmmm...
Thursday, 3 September 2015
Tabung Derma Untuk Yeop Kasawari
Minggu lepas aku keluar dengan Yeop Kasawari dan Yazid Gundam. Diorang ajak keluar pegi makan kat sebuah kedai makan yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman. Semasa dalam perjalanan, tiba-tiba Yazid Gundam bersuara sambil meraba-raba poket belakang seluar slack beliau yang baru beli dekat Kedai Pakaian Hari-Hari tu..
"Alamak, Yeop... Wallet aku tertinggal kat office la..! Pinjam duit kamu dulu ye makan kejap lagi..?", Yazid Gundam menggosok-gosok pipi yang berbekas jerawat batu sambil tersengih.
"Haaa! Ini yang la teman paling maleh sekali. Ajak makan tapi wallet teringgal.. Ape kehey kamu ni? Hee, geram aku dengan kamu ni..", Yeop Kasawari membebel sambil seluk tangan dalam poket dan meraba-raba poket tepi dan belakang.
Kening aku dah naik sebelah macam The Rock. Dua-dua orang ni macam saja nak pedajal aku suruh belanja je. Tiba-tiba Yeop Kasawari menjerit,
"Haaaaa!! Mujur aku ada sepuluh ringgit..Cukup le untuk kita makan berdua. Kamu, bior aku yang belanja. Anoy, kamu makan bayor sendiri.. Hahahaha!", Gelak Yeop Kasawari seperti jin dalam cerita Ahmad Albab.
Eleh, diorang ingat aku sengkek sangat ke walaupun sekarang ni memang dah tengah bulan. Cehh..
"Disebabkan duit aku tinggal sepuluh ringgit je, kita makan nasik goreng ayam dengan air sirap je la", Yeop Kasawari memberikan cadangan pada Yazid Gundam yang kelaparan. Aku angguk je tanda setuju.
"Dua nasik goreng ayam dengan dua sirap limau... Cukup la tu...", Yazid Gundam terus menjawab memberikan sokongan kepada cadangan Yeop Kasawari.
Tiba-tiba datang dua budak lelaki minta derma untuk Tabung Pahlawan.
"Abang mana ada duit.. Minggu depan baru gaji. Minggu depan je la abang derma ye, dik..", Yeop Kasawari cuba mengelak untuk menderma.
Kami terus melangkah mencari kedai makan. Sambil melangkah Yeop Kasawari merungut...
"Derma..! Derma..! Derma..! Tak habis-habis dengan derma. Kita makan pun tak tentu hala diorang mana tau."
Jalan punya jalan sambil menuju ke kedai makan, langkah kami terhenti lagi. Kali ni perjalanan kami tersekat apabila dua orang lelaki bersongkok memberi salam.
"Apa khabar, bang.. Derma untuk Tabung Palestin bang..", Rayu dua orang lelaki itu.
"Kitorang bukan tak mau derma tapi kitorang belum gaji lagi la. Minggu depan baru gaji!", Yeop Kasawari menjawab dengan suara agak kasar. Stress la kot sebab orang minta derma.
"Minggu depan datang la tau, minggu depan kitorang dah gaji. Sekarang takde duit lagi", Yazid Gundam menambah-nambah lawak sarkis.
Apa la diorang ni. Tak mau derma sudah la, jangan menyakitkan hati orang pulak. Apa la member-member aku ni, kan?
"Bang, nah.. Ini derma untuk Tabung Palestin", Aku hulurkan sekeping kertas not lima ringgit masuk ke dalam tabung.
Kami meneruskan perjalanan... Kali ni Yeop Kasawari merungut agak kasar,
"Diorang ingat Bank Negara tu bapak aku punya ke?! Asyik-asyik derma.. Derma.. Dermaaa!!"
Rungutan Yeop Kasawari terhenti bila dia tiba-tiba disapa oleh dua orang awek cun yang berdiri di hadapan kami dengan senyuman yang..... Arrgghhh!! Nak cerita pun tak guna... Perrgghhhh!!
"Derma bang.. Derma untuk pusat senam aerobik yang kitorang nak bukak ni, bang..",Awek yang sorang tu bersuara manja. Mencairkan keegoaan Yeop Kasawari yang mendengar suara awek tu.. Gugur jantungnya Yeop Kasawari tak bersambut.
Rasa macam nak meleleh air liur Yeop Kasawari bila direnung manja oleh awek yang sorang lagi tu dengan kerdipan matanya yang melirik-lirik manja. Aduuuuhhhhh... Terpanah hatinya.
"Eh, boleh.. Bolehhh... Abang ni memang suka menderma. Ni sepuluh ringgit ni.. Abang ikhlas ni..", Yeop Kasawari tersentap jiwanya tersedar dek terpukau dengan keayuan awek dua orang tu sambil menghulur duit sepuluh ringgit.
Aku perhatikan Yazid Gundam, dia terdiam sambil menitiskan airmata. Dalam kepalanya mungkin terbayang nasik goreng ayam dengan sirap limau yang sedang melayang..!
Padan muka korang berdua tak dapat makan tengah hari!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment