Monday, 11 March 2013

cerita pasal sayur bendi

Pokok bendi? Dulu aku cukup tak suka makan bendi. bukan apa, cuma aku geli dengan biji bendi yang besar-besar tu. Kemudian terbayang-bayang bila termakan biji bendi tu lalu akan tumbuhlah pokok bendi di dalam perut hingga akarnya menembusi perut yang membulat ini. Walaupun benda tu agak karut tapi hakikatnya itulah yang aku terfikir suatu masa dulu, Al-maklumlah dulu selalu di momok-momok kan dengan kisah-kisah mistik yang tak masuk akal.

Sekarang, pada tahun 2013 ni aku adalah penggemar sayur bendi ni. Pantang ada bendi, pasti aku akan buat sayur, takpun aku rebus bendi tu buat ulam. Disebabkan aku ni pengggemar sayur bendi, lalu aku mengusahakan tanaman bendi kecil-kecilan (cukuplah makan untuk satu family). Benihnya mak aku bawa dari kampung yang jauh sangat iaitu dari sebuah daerah di negeri perak. Bolehlah aku gelarkan bendi ni made in Aloq Pongsu.

Pokok bendi tu yang sebelah kiri tu. Sebelah kanan tu pokok pucuk ubi.
  Pokok bendi ni mak aku yang tanam, sebab tangan mak sejuk kot sebab tu pokok senang hidup. Baru-baru aku tanam jugak benih bendi tapi sampai sekarang tak tumbuh-tumbuh. Mak aku kata,

"Kalau tangan panas, tanam pokok apa pun tak hidup.."

  Disebabkan aku tak reti tanam pokok, aku pun google la pasal pokok bendi ni. Kata google, bendi ni boleh ditanam di kawasan tanah gambut, tanah gembur berpasir, tanah liat dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran baik. Kalau nak tanam pokok bendi ni, ambil biji bendi yang telah kering kemudian semaikan dalam tanah. Lepas semai biji benih tu terus siram dengan air.

  Lalu aku pun mengamalkan apa yang aku belajar dari dalam google tu, aku keringkan bendi. Lepas bendi tu dah kering, aku semaikan bendi tu dalam tanah (sekangkang kera) depan rumah. Lepas dua minggu setengah (lebih kurang), benih tadi dah keluar daun..alahai,comel sangat pokok bendi aku. Tiap-tiap hari aku siram walaupun baru lepas hujan pun aku siram jugak. Sebabnya, pada pendapat aku, hujan yang turun kat area kajang ni membawa bersama kesan-kesan asid asap kilang. Disebabkan aku tak nak pokok bendi aku berpenyakit lalu aku siram pokok bendi tu..amacam bijak tak aku..?ha ha..

asam pedas ikan keli...slurrppp......
 Lepas beberapa lama, pokok bendi aku mula membesar dan berbuah. Hasil tuaian pertama, bendi tu aku petik bagi pada orang rumah buat masak asam pedas ikan keli. Slurpp... meleleh air liur... Sedap.. Yang menjadi punca sedapnya masakan asam pedas ikan keli tu mungkin disebabkan bendi organik aku dicampur pula dengan kehebatan dan kepakaran chef merangkap orang rumah aku yang pakar masak asam pedas.


pokok bendi dan pucuk ubi yang dikahwinkan (ini adalah eksperimen)

  
Setelah lama asyik makan sayur bendi, aku mula muak. Tapi, tanggungjawab aku kepada pokok bendi tak ku hiraukan. setiap hari pun aku siram pokok bendi supaya pokok bendi sentiasa dilimpahi kasih sayang dan tak berhenti menghasilkan buah. Masalahnya, pokok bendi tu ada sebatang je tapi berbuah lebat.

  Aku selalu berulang-alik ke rumah mertua aku kat Serdang dan kadang-kadang tidur sana. Pokok bendi ni dah tak dapat aku nak siram lagi macam biasa.

sebahagian sayur bendi yang tua.

 Pokok ni terus berbuah. Kadang-kadang sampai besar, besar sangat. Mana ada orang nak makan bendi yang besar macam tiga jari orang dewasa! Lalu aku niatkan sedekah aje lah kalau siapa-siapa nak ambil buah tu buat makan-makan.

 moral : kalau nak tanam pokok pastikan tangan anda tak panas.. hi hi

No comments: